Research Repository

Penggunaan Dan Kepuasan Pendengar Terhadap Muzik Dangdut Di Radio: Satu Kajian Survey Pada Masyarakat Pendengar Di Pinggir Dan Bandar Medan

Show simple item record

dc.contributor.author Sinaga, Corry Novrica AP
dc.date.accessioned 2020-10-27T07:40:06Z
dc.date.available 2020-10-27T07:40:06Z
dc.date.issued 2014-03-06
dc.identifier.uri http://repository.umsu.ac.id/handle/123456789/6473
dc.description.abstract Permasalahan utama dalam penyelidikan ini ialah mengkaji penggunaan dan kepuasan pendengar terhadap muzik dangdut yang disiarkan oleh stesen radio di Medan. Kajian ini juga telah menyiasat motif khalayak pinggir bandar dan bandar di Medan mendengar muzik dangdut di radio, dan kehendak yang ingin dipenuhi oleh mereka dengan mendengar muzik dangdut. Seterusnya, kajian ini telah mengenal pasti pola mendengar (pendengaran media dan tabiat media) pendengar pinggir bandar dan pendengar bandar di Medan. Akhirnya, kajian ini telah melihat tahap kepuasan mereka dengan pilihan siaran radio yang sedia ada. Asas kajian ialah teori penggunaan dan kepuasan. Kaedah pensampelan bertujuan digunakan bagi menentukan sampel kajian. Penyelidikan dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 200 responden, 100 Responden dari pinggir bandar dan 100 orang sampel dari bandar Medan, di lapan daerah di pinggiran Kota Medan dan di lapan daerah di Kota Medan. Untuk maklumat yang lebih mendalam tentang kepuasan pendengar terhadap muzik dangdut di radio, 5 pendengar telah ditemu bual. Pendengar pinggir bandar lebih kerap menggunakan radio untuk mendengar muzik dangdut berbanding dengan pendengar bandar. Hasil analisis data kuantitatif pula menunjukkan bahawa bertukar maklumat, hiburan, interaksi sosial dan fungsi merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi pendengar untuk mendengar muzik dangdut. Hasil temu bual pula berjaya mengenal pasti motif lain pendengar radio. Pertama ialah menjalin silaturahim antara sesama pendengar sehingga membentuk satu komuniti pendengar yang ramai. Dari segi teori, hasil temu bual telah berjaya menolak kritikan yang mengatakan teori penggunaan dan kepuasan itu bersifat individualistik, dan mengetepikan aspek sosial dan budaya. Hal ini kerana hasil temu bual dengan responden menampakkan mereka menunjukkan sikap budaya yang tebal dalam aspek kemasyarakatan. Justeru, kajian ini mempertahankan teori ini dan ia amat relevan dalam konteks kajian ini. en_US
dc.subject Musik Dangdut en_US
dc.subject Radio en_US
dc.subject Audio en_US
dc.subject SIaran Radio en_US
dc.title Penggunaan Dan Kepuasan Pendengar Terhadap Muzik Dangdut Di Radio: Satu Kajian Survey Pada Masyarakat Pendengar Di Pinggir Dan Bandar Medan en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Browse

My Account